Lawatan sambil Belajar ke Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.
Pada 11 Jun 2009 seramai 85 orang murid dari Tahun 4A & 4B termasuk 7 orang guru dari Sekolah St George telah mengadakan lawatan sambil belajar yang bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam tentang Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21, SPN21. Sepanjang lawatan tersebut, murid-murid telah diberi pelbagai aktiviti menarik yang berkaitan dengan pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains,dan Social Studies. Lebih menarik lagi murid-murid berkesempatan merakamkan suara menyanyikan lagu sekolah " Honour and Labour" di dalam studio mini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan